Monday, 18 March 2013

DAP PERLEKEHKAN KEMAMPUAN TENTERA MALAYSIA!!!

 
Kalau sudah berhati busuk, manis muka macam mana pun, hati mereka kekal busuk. Dan walaupun terpaksa memaniskan muka dan bercakap lunak, hakikatnya mereka tidak mampu membendung langsung kejahatan dan mazmumah yang sudah sekian lama bersarang dalam hati.
Itulah DAP!
Tian Chua teruk kena balun dek rakyat Malaysia gara-gara mulutnya yang jahat apabila membuat kenyataan bahawa kematian anggota-anggota keselamatan yang mempertahankan tanahair tercinta sebagai SANDIWARA UMNO. Kenyataannya yang disiarkan menerusi TWITTER kemudian dipanjangkan oleh KEADILAN DAILY dan dicecehkan oleh sekalian pecacai dan penyokong dalam pelbagai media terutama sekali Internet, kemudiannya mendapat kecaman hebat dari semua pihak.
Akhirnya disebabkan tidak tertahan, Tian Chua terpaksa memilih kaedah paling konvensional iaitu menyaman sesiapa sahaja yang mengungkit apa yang dicakapkannya dan seringkali disifatkan sebagai FITNAH UMNO.
SANDIWARA UMNO... FITNAH UMNO!
Itu sahajalah yang mampu dikatakan oleh Tian Chua terutama apabila kenyataannya memperlekeh-lekeh pengorbanan anggota-anggota pasukan keselamatan tidak sahaja dibenci, bahkan dia dikutuk hebat oleh semua orang termasuklah dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri. Kemudian, kebelakangan ini, Tian Chua menelan kahaknya sendiri dengan memberikan pula sokongan kepada pasukan keselamatan sebagai timbal balas agar dia tidak terus menjadi bahan kutukan sekaligus mengurangkan undi untuk PKR dan Pakatan Rakyat.
Sebenarnya, sebelum Tian Chua mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan Malaysia, terlebih dahulu, Lim Kit Siang, penasihat seumur hidup DAP telah mengeluarkan kenyataan memperlekeh-lekehkan pasukan keselamatan. Dalam kenyataan awalnya, Kit Siang mempertikaikan kesungguhan pasukan polis mempertahankan Lahad Datu ekoran terkorbannya dua orang anggota pada pagi 1 Mac 2013.
Selepas itu, DAP mengunci mulut apabila orang ramai meluahkan kemarahan luar biasa terhadap Tian Chua. Lim Kit Siang haram tak sekutik berbunyi lagi mahupun mengulangi kenyataan awalnya.
Dan rakyat Malaysia pun seolah-olah sudah melupakan kenyataan menghina yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang terhadap pasukan keselamatan terutama sekali polis.
Mungkin sedar bahawa segala perhatian terarah kepada Tian Chua dan Anwar Ibrahim, DAP sekali lagi membakar perasaan dan memperlekehkan serta menghina pasukan keselamatan Malaysia dengan mempertikaikan kemampuan anggota-anggota pasukan keselamatan menangani serangan lanun Sulu.
DAP cuba menaikkan sentimen dan kebencian terhadap pasukan keselamatan dengan menyatakan kehairanan mereka mengapa pasukan keselamatan Malaysia terpaksa mengambil masa selama lebih sebulan untuk menghapuskan lanun-lanun Sulu yang hanya berjumlah 200 orang!
Sudahlah tidak menyumbang kepada pasukan keselamatan dengan kempen berterusan agar masyarakat bukan Melayu, khususnya India dan Cina tidak memasuki sektor perkhidmatan keselamatan negara, DAP sentiasa mencari jalan untuk memperlekehkan sistem pertahanan dan keselamatan negara ini. Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, segala-galanya akan dapat diselesaikan dengan pantas dan terbaik.
Tentu semua orang masih ingat bagaimana Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP mendesak agar ATM dibubarkan dan segala persenjataan yang menggunakan peruntukan negara, dikurangkan sehinggakan pembelian kapal selam serta helikopter pun dipertikaikan kerana pada tanggapan DAP, semua itu tidak perlu.
Kini selepas pencerobohan lanun Sulu itu berlaku, DAP sekali lagi mengutuk dan mengeji. Sedangkan pada masa yang sama, mereka bersama-sama PKR beria-ia pula hendak menyediakan barisan peguambela untuk lanun-lanun Sulu tersebut dengan alasan BAGI MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA MEREKA walaupun hakikatnya lanun-lanun Sulu tersebut sepatutnya ditembak atau dipijak perut mereka sampai pecah!
Kalau bab pasukan keselamatan Malaysia, bukan main lagi DAP mengutuk dan mencerca. Tetapi apabila membabitkan pihak musuh, bersungguh-sungguh pula DAP hendak membelanya!
Ini yang dinamakan sebuah parti politik yang akan menjunjung Perlembagaan Malaysia sekiranya mereka diberikan kuasa?
Duk nampak, mereka inilah yang akan melakukan PEMBERSIHAN ETNIK terutama sekali terhadap Melayu-Bumiputera dan penganut Islam sebaik-baik sahaja mereka diberikan kuasa!

No comments:

Post a Comment