Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan
Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai
mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.
Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan
mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.
Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan
satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan
Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan
guaman kepada mereka yang terbabit.
Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan
kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang
mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela
diri.
Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama
apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya
yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan
untuk membela kesemua individu tersebut.
Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar
mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup
menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan
dengan para pengganas.
Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang
di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul
menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak
asasi manusia.
Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun
mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa
sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut
sama membantu golongan pengganas, tak gitu?
Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat
dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan
perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang
terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai
diperlakukan.
Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan
untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak
mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.
Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru
Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit,
kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok
jugalah keadaan sekeliling.
Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban.
Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi
kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang
perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.
Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis
Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka,
cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh
ahli-ahlinya sah...
No comments:
Post a Comment