Pengkhianatan
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis
keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin
terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.
Berlandaskan
reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya
tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia
berterusan.
Tujuannya
ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam
kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya
Umum ke 13.
Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.
Sementara
Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti
kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing,
royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang
berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang
Sabah.
Bukan
sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia
terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang
gencatan senjata diadakan.
Bagaimana
segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas
mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak
pembangkang di negara ini.
Komplot
pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan
tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan
dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah.
Sememangnya
Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan
mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13
kelak.
Pada
permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan
Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah
untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.
Anwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara.
Seperti
pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin
dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang
pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam.
Kini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah.
Apabila
kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam
kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang
sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.
Pengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi.
Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.
Pembangkang
juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan
memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap
rakyat negara itu.
Namun
pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk
menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan
yang mati terkorban.
Malah
pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula
mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam
dengan mengatakan mereka hanyalah 'syahid dunia'.
Bagi
mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang
benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional.
Dengan
mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara
kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad
pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua
sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat.
Kenyataan
itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah
dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara
dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka.
Strategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri.
Ini
kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat
perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan
daripada krisis ini.
Apa
yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa
sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan
pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa
Zionis-Yahudi.
Kiram
dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai
apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan
kejahilan mereka.
No comments:
Post a Comment