LAHAD DATU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein tiba di Felda Sahabat dekat sini pada pagi
Selasa untuk melihat dengan lebih dekat situasi di kampung yang
diceroboh oleh kumpulan bersenjata dari Sulu.
Beliau tiba dengan menaiki pesawat polis di Lapangan Terbang Lahad Datu, dan kemudiannya menaiki helikopter polis.
Sebelum berlepas ke Felda Sahabat, beliau berkata pelbagai usaha telah diambil bagi meredakan situasi yang berlaku.
"Jangan risau, kami telah membuat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Kumpulan yang dianggotai oleh 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.
Anggota kumpulan itu dipercayai menggunakan senjata seperti M16, M14, 'Baby Armalite' dan bom tangan M203 bagi menyerang kumpulan yang memulakan provokasi.
Sebelum ini Sultan Jamalul mendakwa kumpulan yang tiba di pantai timur Sabah itu tidak memiliki senjata sebaliknya mereka mahu tinggal di Sabah kerana ia merupakan 'tanah air' mereka.
Kumpulan berkenaan termasuk lima wanita, sebelum ini menuntut pengikirafan sebagai tentera Sulu daripada Kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.
Sejak 9 Februari lalu, mereka bergantung hidup dengan hasil pertanian 15 keluarga lari meninggalkan Kampung Tanduo.

No comments:
Post a Comment