BUTTERWORTH: Sembilan tahanan polis melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dalam kejadian pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Kesemua mereka melarikan diri dengan menaiki van polis dan dengan dua anggota turut berada dalam kenderaan berkenaan.
Difahamkan, dua daripada empat anggota polis yang mengiringi tahanan diserang menggunakan gari berhampiran susur keluar Pantai Bersih.


Dua anggota berkenaan kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan manakala dua lagi dilarikan bersama tahanan.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki suspek dijumpai di Padang Cempedak, Tasek Gelugor.

Setakat ini, polis masih menjalankan gerakan bagi memburu kesemua mereka dan dua anggota polis yang turut hilang.