Di Twitter ramai orang cakap Ribut Sonamu dijangka melanda negeri Pantai Timur
especially Terengganu. Ada orang cakap siap amaran tsunami lagi
dikeluarkan. Jangan gelabah dulu sebelum mempunyai sumber yang sahih.
Semoga penduduk Pantai Timur selamat. InsyaAllah. #prayforTerengganu. #prayforpahang
Gambarajah
di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang
sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula
kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand.
Di dalam peta di atas dapat kita melihat laluan Ribut Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.
Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Ribut Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Ribut Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Ribut Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Ribut Tropika Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.
Marilah kita membuat sembahyang hajat memohon di elakkan bala bencana daripada berlaku .
Ikuti jejak Sonamu di sini dan Facebook Jabatan Metereologi Malaysia
No comments:
Post a Comment