BOGOTA - Sebuah firma Colombia yang pakar dalam menghasilkan ves kalis
peluru kini mula menghasilkan pakaian berperisai untuk pelajar ekoran
permintaan yang meningkat di kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS).
Pemilik kilang, Miguel Caballero berkata, beliau tidak sama sekali
terfikir untuk menghasilkan pakaian perlindungan bagi kanak-kanak
sehingga adanya permintaan ekoran tragedi menembak di Sandy Hook
Elementary School, Connecticut bulan lalu.
"Selepas tragedi di Connecticut, kami mula terima e-mel daripada
pelanggan yang mahu disediakan (pakaian) perlindungan kerana mereka
bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah," kata Caballero.
"Kami ada menerima mesej dari seluruh Amerika Syarikat," kata pengarah pemasaran firmanya, Giovanni Cordero.
Produk keluaran syarikat direka khas untuk kanak-kanak berusia lapan
hingga 16 tahun dan berharga AS$150 hingga AS$600 (RM450 hingga RM900)
bergantung pada kerumitan proses penghasilan.
"Produk ini dihasilkan khas untuk pasaran rakyat Amerika, bukan pasaran Amerika Latin," kata Caballero.
Selain di Colombia, ves untuk orang dewasa dijual di 20 buah negara
termasuk Ecuador, Costa Rica dan Mexico. Firma itu juga memasarkannya
di Eropah, Asia dan Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment