Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)
Dikeluarkan pada: 10:44pm pada 03 Januari 2013
Dikemaskini pada: 05:21pm, pada 03 Januari 2013
i) Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di negeri Kelantan (Daerah
Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah
dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu,
Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan,
Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 4 Januari 2013.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Dikemaskini pada: 10:44pm, pada 03 Januari 2013
ii) Ribut tropika telah dicerap pada kedudukan 8.6 Utara, 119.6 Timur
dengan kelajuan angin di antara 50-60 kmsj dan bergerak ke arah Barat.
Sehubungan dengan itu ribut petir yang menyeluruh dijangka akan berlaku
di negeri Sabah: Bahagian Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan
Sandakan), Tawau (Daerah Lahad Datu) dan Kudat (Daerah Pitas, Kudat dan
Kota Marudu) bermula malam ini, 3 Januari 2013 sehingga Jumaat, 4
Januari 2013.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan angin kencang.
No comments:
Post a Comment