KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 Julai setiap tahun
sebagai Hari Pesara bagi menghargai sokongan dan sumbangan kepada
negara.
Perdana Menteri berkata, hari istimewa itu juga bagi membuktikan
kerajaan tidak pernah melupakan khidmat dan komitmen pesara untuk
pembangunan negara.
Sebelum ini, Presiden Kesatuan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia
(KUPEKMAS), Datuk Omar Osman mencadangkan kepada kerajaan supaya
mengisytiharkan 19 Julai setiap tahun sebagai Hari Pesara.
"Ini adalah penghormatan terbesar yang kita boleh berikan kepada
pesara yang sudah banyak menyumbang tenaga dalam membangunkan negara
hingga kini.
"Saya tahu golongan pesara tidak meminta apa-apa ganjaran tetapi
golongan ini cuma mahu keprihatinan daripada kerajaan," katanya ketika
melancarkan KUPEKMAS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment