Thursday, 26 July 2012

Goodyear temui cara kurangkan penggunaan petroleum

KUALA LUMPUR: The Goodyear Tire & Rubber Company mengumumkan satu perkembangan yang boleh membantu pengguna dan alam sekitar dengan mengurangkan minyak berasaskan petroleum yang digunakan dalam tayar sementara pada masa yang sama memanjangkan jangka hayat bunga tayar.
Penyelidik di Pusat Inovasi syarikat itu menemui bahawa ujian mereka yang menggunakan minyak kacang soya dalam tayar berpotensi meningkatkan jangka hayat bunga tayar sebanyak 10 peratus dan mengurangkan penggunaan minyak berasaskan petroleum itu, sebanyak tujuh juta gelen setahun.
Ketua Pegawai Teknikal Goodyear, Jean-Claude Kihn, berkata syarikat itu komited untuk menjaga alam sekitar dan komuniti, dan menggunakan minyak kacang soya terbukti satu cara lagi untuk mencapai matlamat ini.

"Pengguna akan mendapat faedah penambahan jangka hayat bunga tayar, Goodyear mendapat keuntungan menerusi keberkesanan dan penjimatan tenaga, dan kita semua akan menang apabila terdapat impak positif terhadap alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan.

United Soybean Board (USB) membantu membiaya projek Goodyear itu dengan peruntukan AS$500,000 untuk dua tahun.

Goodyear akan mempamerkan tayar yang dibuat dari minyak kacang soya pada 6-7 Ogos di pusat penyelidikan Ford Motor Company di Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada acara yang ditaja USB. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment