Thursday 19 July 2012

sukan mampu menyatukan masyarakat- DS Najib Razak

https://www.facebook.com/najibrazak
DS NAJIB RAZAK : Saya percaya sukan mampu menyatukan masyarakat tidak kira usia, bangsa dan etnik. Perpaduan melalui sukan ini boleh disaksikan di Malaysia dan salah satu perkara yang menyatukan kita adalah apabila kita berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak.

Ini dapat dilihat bulan lalu apabila jutaan rakyat Malaysia memenuhi setiap restoran mamak pada awal pagi semata-mata kerana mahu menonton siaran langsung Euro 2012. Suasana sama sekali lagi boleh dilihat pada hujung bulan ini apabila skuad kebangsaan kita akan bertemu juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Bukit Jalil.

Saya berpendapat, adalah penting bagi setiap peminat bola sepak dari segenap lapisan masyarakat untuk berpeluang hadir ke stadium dan memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan. Oleh itu, saya gembira kerana sebanyak 50,000 keping tiket kini dijual dengan pada harga RM10 iaitu harga yang mampu dimiliki oleh semua. Penjualan harga tiket pada harga yang rendah ini mampu dilaksanakan hasil daripada hubungan rapat antara Malaysia dan pemilik Manchester City, iaitu Abu Dhabi.

Saya amat berbesar hati apabila mereka mengumumkan yang sebahagian besar daripada hasil penjualan tiket itu akan disumbangkan untuk tujuan amal. Sebanyak 60 peratus akan disalurkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu sebuah yayasan yang membuat pelaburan dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan di seluruh negara.

Minggu lalu, saya ada membuat kenyataan melalui laman Twitter bahawa sebanyak 15,000 pertama daripada tiket itu akan dijual bersempena dengan perlancaran 1Malaysia 4 Youth (1M4U) di KLCC Ahad lalu. Sambutan yang diterima begitu menggalakkan apabila sebahagian besar daripadanya berjaya dijual pada hari program tersebut. Sekiranya anda tidak berpeluang untuk membelinya pada hari tersebut, tidak perlu bimbang kerana tiket pada harga yang murah itu masih boleh diperolehi. Baca kenyataan Yayasan 1MDB mengenai tiket itu disini [http://www.1mdb.com.my/news-1/treat-local-football-fans-thanks-strong-ties-manchester-city-abu-dhabi-owners].

Beberapa tiket dengan harga RM108 dan RM388 juga akan diberi secara percuma kepada pembaca blog ini. Untuk memohon anda hanya perlu mengisi maklumat disini [http://1malaysia.com.my/interact/malaysia-xi-vs-manchester-city-fc-ticket-giveaway/]. Dengan pendaftaran itu, anda juga berpeluang memenangi jersi ekslusif Manchester City yang ditandatangani oleh pemain-pemainnya.

Pengiktirafan dan penghargaan ini adalah sebagai tanda persahabatan dari Abu Dhabi. Saya berharap hubungan baik ini akan bertambah erat meskipun sekiranya pasukan kebangsaan mampu menewaskan Manchester City pada perlawanan itu nanti!!

No comments:

Post a Comment