AMERIKA Syarikat (US) mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan
sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara. Selepas penutupan Clark Base
di negara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai
pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat
membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat
berkuasa nuklear (nuclear powered aircraft carrier).
Walaupun sekitar tahun lepas Filipina
dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh
tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk
dijadikan pangkalan tentera.
(Masih ingat penghujung tahun lepas
kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada
berlabuh di Sabah? Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya
bukan sekadar ‘lawatan biasa’, besar kemungkinan Amerika telah
menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit
pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk ‘covert operation’ Lahad
Datu ketika ini)
Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat
bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan
Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan. Amerika perlu
segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah
negara yang menyokong kehendaknya.
Jarak di antara Sabah dan Negara Cina
serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua
operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang
berkaitan.
Walaupun begitu, terdapat beberapa
halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval
Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak
akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.
Ini adalah kerana banyak aset-aset
penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM
berpangkalan di Sepanggar.
Namun demikian, Amerika berkemungkinan
akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta
Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti. Amerika/The Hidden Hand mempunyai
ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan
nama; rasanya ramai boleh meneka siapakah agen yang dimaksudkan ini).
Dengan menghulurkan bantuan dalam apa
jua bentuk kepada agen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai
matlamat mereka. Agen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.
Walaupun secara logiknya, soal
memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan
sebagai ‘mission impossible’, tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan
tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina
adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi.
Perebutan Untuk Penguasaan ‘Emas Hitam’ Laut Sulu
Emas Hitam yang dimaksudkan disini
adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah
sahaja dikatakan memiliki “simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait
sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai
simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak
11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai
diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang
menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.”
Itu baru Sabah, belum lagi
kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang
luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian
saintifik tentang kewujudan ‘emas hitam’ di sekitar lautan Sulu. Anda
boleh melihatnya sendiri di sini & sini.
Lokasi pantai timur Sabah yang terletak
berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam
merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber ‘emas hitam’ laut
Sulu ini.
Seperti yang diketahui umum, minyak
mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan
‘penjajahan terancang’ ke atas negara-negara Arab.
Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq,
Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika
mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar
yang belum diteroka.
Menurut satu info, (tidak dapat
dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan
membawa masuk seramai 3,000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa
Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.
Tujuannya adalah untuk mengajar dan
membangunkan Sulu, agar entiti ‘Kesultanan Sulu’ akan dapat dihidupkan
semula. Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan
Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap
kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?
Kerana reserve simpanan minyak di laut
Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah. Maka
dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan
dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The
Hidden Hand itu.
3. Percubaan Untuk Mematahkan ‘Kebangkitan Dari Timur’.
Kenapa kerajaan Filipina ketika ini
dilihat seperti ‘menyokong sepenuhnya’ tindakan kerajaan Malaysia untuk
memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai
pengganas ini?
Pada pendapat saya, sebenarnya kerajaan
Filipina ‘terlibat di belakang tabir’ dalam kisah pencerobohan ini.
Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia. Kenapa?
Biar saya jelaskan satu persatu kenapa saya berpendapat sedemikian.
1. Kerajaan Malaysia (Islam) &
self-proclaimed ‘Kesultanan Sulu’ (Islam). Maknanya, apa yang berlaku
ketika ini adalah ‘peperangan’ sesama Islam. Mereka ini (MNLF, MILF,
SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang
selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.
Atas sebab itulah, kerajaan kafir
Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat
‘senang’ sekiranya Malaysia dapat ‘membantu’ mereka untuk menangani
musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.
Kerajaan Filipina secara tidak langsung
akan dapat ‘mencuci tangan’ dan berjaya memindahkan sedikit kebencian
orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia di atas
tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.
Walaupun pada awalnya Malaysia cuba
untuk mengambil pendekatan ‘menarik rambut dari tepung’ dengan
penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya
tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun
dijangka oleh Filipina.
Apa yang diperlukan oleh mereka adalah
‘pencetus/trigger’ dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram
berlaku, akhirnya ‘bom jangka’ yang tersimpan sekian lama telah
dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam
mula berlaku.
Siapa yang akan mendapat manfaat
daripada pertumpahan darah ini? Sudah tentu salah satunya adalah
kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat
Islam berpecah belah.
2. Kenapa Filipina ingin memindahkan
kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia? Malaysia sememangnya
selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu
para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang
pemerintahan kafir Filipina.
Terdapat banyak info yang mengatakan
bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di
satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh
mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas Presiden Libya
yang telah dibunuh oleh Amerika.
Hadji Acmad Bayam, Bekas Ketua
Propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka
mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan
dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata
berkenaan.
Senjata termasuklah G1 dan FAL yang
diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi
memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).
Bila kesalahan dan kebencian ini dapat
dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses
penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan
pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.
Perang saudara akan tercetus sesama
Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah. Puak
kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya
memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.
Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia,
Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk
Islam terbesar yang terletak di benua ‘Timur’ ini.
Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah
menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir
zaman akan bermula dari ‘Timur’ dan ramai yang beranggapan bahawa
‘Timur’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah
sebuah lokasi/negara di kawasan Asia Tenggara ini.
Sabda Rasulullah SAW :
“Akan datang Panji-Panji Hitam dari
Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa
yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”
“Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya
Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah
kalah dengan pasukan mana pun.”
(Saya tidak akan mengulas lanjut
mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji
Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini. Kepada yang kurang mengetahui
mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan
membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan
guru-guru agama)
Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina
yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui
tentang hal ini. Oleh sebab itulah, maka satu ‘Black Ops’ diperlukan
oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula
umat Islam ini.
Mereka ini sebenarnya bersembunyi
disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman
yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk
menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka. Walaupun
begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat
mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 :
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 :
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah
juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang
(membalas tipu daya)”
Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, saya meyakini
satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA
adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.
Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas
melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan. Ataupun adakah
mereka juga sebenarnya melakukan ‘Joint-Operation’ sama seperti apa
yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?\
Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina,
Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol
dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini? Saya tinggalkan
persoalan itu untuk kita fikirkan bersama. (Tekok Beriuh).
dibawakan khas oleh Taliban Kid 007
Sumber: Sabahkini.net
No comments:
Post a Comment