Timbalan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gugusan Felda Mempaga, Mansur Hashim, berkata terdapat lebih 12,000 ekor lembu dan kerbau diternak peneroka di 36 buah rancangan FELDA gugusan itu.
Sementara itu, Timbalan Naib Pengerusi JKKK Felda Gugusan Jengka, Sulaiman Bakar, berkata kegiatan mencuri lembu pernah berlaku di beberapa rancangan Felda tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya.
"Pada tahun lalu, sekurang-kurangnya 10 hingga 15 ekor lembu dilaporkan hilang manakala tahun sebelumnya lebih 20 ekor ternakan dicuri," katanya.
Menurutnya, kegiatan itu mungkin akan berulang lagi pada tahun ini kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak lagi mengeluarkan permit penyembelihan, tetapi setiap lembu atau kerbau yang hendak disembelih dibawa ke pusat penyembelihan daerah.
Sulaiman berkata, JKKK dan RELA diarah meronda semua jalan keluar masuk ke setiap tanah rancangan itu bagi membanteras kegiatan mencuri ternakan kerana lebih 15,000 ternakan dipelihara peneroka di 35 rancangan FELDA gugusan Jengka setakat ini sebagai pendapatan tambahan kepada mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan Zahid Mohd Noor menasihatkan penternak supaya mengandangkan ternakan mereka walaupun belum ada lagi laporan mencuri ternakan pada bulan puasa di daerah Bera.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment