Wan Imran, 31, berkata, situasi itu berlarutan saban tahun dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Saya rimas dengan keadaan ini yang merosakkan imej kawasan ini terutama ketika orang ramai berpusu-pusu mendapatkan juadah berbuka di bazar.
“Malah, kawasan Masjid Jamek ini seperti sudah menjadi antara lubuk pengemis yang meminta simpati orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini.
Wan Imran berharap tindakan tegas diambil pihak berkuasa demi menghalang kegiatan pengemis yang turut didakwa berpunca daripada sindiket.
Seorang lagi peniaga dikenali sebagai Rahmah, 56, berkata, kehadiran pengemis mengganggu perniagaan di sini kerana ada antara pengunjung yang takut untuk mendekati kawasan itu.
“Kadang-kadang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis datang mengawal selia kawasan ini namun mereka masih berani ke sini walaupun sudah dihalau,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pengemis berkenaan dari negara luar seperti Myanmar dan Vietnam.
“Sempena Ramadan ini, kami akan menahan mereka supaya ia tidak lagi berlegar di kawasan tumpuan di ibu negara. Ia juga sempena kempen kami iaitu ‘Henti Membantu, Kami Prihatin,” katanya.
Katanya, warga tempatan yang ditangkap akan ditempatkan di Desa Bina Diri bagi disiasat latar belakangnya dan warga asing pula diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment