Monday, 23 July 2012

Hutang Malaysia Masih Terkawal, Kata Idris Jala

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Katanya hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.

"Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun. Bagi 2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas," katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di sini Selasa.

Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata walau pun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus.

"Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment