Monday 23 July 2012

ANUGERAH IKON SOSIAL MEDIA MALAYSIA 2012 SATU KEJAYAAN

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Bertempat di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, seramai sembilan ikon Media Sosial atau media baru menerima anugerah mereka dalam Anugerah Ikon Media Sosial Malaysia 2012 kali pertama diadakan. Majlis itu adalah anjuran Teh Tarik Bersama YB, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Satu Agenda, Power Success Marketing dan Sahabat Media Melaka Kini dan ia adalah satu kejayaan dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu.

Majlis anugerah itu diadakan untuk memberikan penghargaan kepada para penggiat media sosial yang memberikan kesan dan perubahan besar dalam masyarakat hasil daripada penggunaan media baru itu. Bukan mudah bagi mereka untuk menggunakan media baru pada masa sama  membawa perubahan kepada masyarakat dan orang ramai. Majlis pada malam itu dinaungi oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri oleh Penasihat Satu Agenda Datuk Ismail Kijo dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.
Gemilang malam anugerah itu turut diserikan dengan persembahan dari penyanyi suara emas Jack Dzull dan juga seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari laman media sosial youtube Tasha Mashahar bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Lebih menarik, meja yang tersedia untuk tetamu dinamakan mengikut tema gajet media sosial seperti iPad, iPhone, Blackberry, Galaxy Tab dan banyak lagi gajet yang berkaitan.
Suasana pada malam itu juga memang meriah tambahan lokasinya terletak di sebuah restoran yang lama sudah berada di ibu negara Kuala Lumpur itu. Semua orang bergembira dengan aturcara yang disusun demi menghargai penggiat media sosial. Sebelum penerima diberikan anugerah,  video mengenai kejayaan dan perubahan yang dilakukan ditayangkan di skrin sebelum anugerah disampaikan di atas pentas.


Turut memenangi anugerah pada malam itu ialah Ahili Dewan Undangan Negeri Kuah, Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad, Antara penerima lain  ialah Jerry Ho (ikon e-dagang),Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) yang menerima anugerah ikonpelancongan, Kieth Ng (pendidikan), Sen Ze (perniagaan), Information TechnologyYouth Movement (pergerakan belia), MFace (hiburan), Azli Paat (video) dan Priscilla Presley Ng (aplikasi). Dalam sidang media selepas malam anugerah itu, Tetamu kehormat Datuk Seri Mohd Ali berkata kemungkinan untuk menubuhkan satu Akademi Media Sosial akan direalisasikan dan kerajaan negeri Melaka bersedia menyediakan sebuah bangunan khas untuk fungsi Akademi itu nanti.
Selain itu, kesan, majlis Anugerah Ikon Media Sosial Malaysia itu juga akan dilihat untuk menjadikannya acara tahunan selepas ini bagi terus memperkasa dan menggalakkan lagi ramai individu menyertai penggiat lain menggunakan media sosial untuk menyebarkan ilmu, faedah, manfaat dan kebaikan demi agama., bangsa dan negara

No comments:

Post a Comment