BERA, 23 Jun (Bernama) -- Bakal pesara dan pesara tentera diingatkan
supaya bijak dalam membuat pelaburan terhadap wang ganjaran dan pencen
mereka supaya tidak diperdayakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan ingatan itu berkata pelbagai pihak
kebiasaannya membuat tawaran dan ganjaran lumayan kepada bekas tentera
supaya melaburkan wang berkenaan.
Perlu melabur dengan bijak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan
program Gerak Wira Menyatu dan Memperkasakan Bekas Tentera dan
merasmikan Koperasi Persatuan Bekas Tentera Bera di sini, hari ini.
Dalam pada itu beliau menggesa pesara tentera supaya terus mendukung
usaha-usaha yang dibuat kerajaan dalam memajukan negara dan memakmurkan
rakyat di negara ini.
Beliau juga berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa
membela nasib mereka termasuk menyediakan pelbagai bantuan dan intensif
seperti dalam bidang keusahawanan. Turut hadir pada majlis itu Presiden
Persatuan Bekas Tentera Malaysia Datuk Abdul Ghani Mohamad.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment