Saturday, 30 June 2012

Peniaga Sukma jangan cuba ambil kesempatan.

Kerajaan Negeri mengingatkan penjaja Pahang yang berpeluang menjalankan perniagaan sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 supaya menjual produk berkualiti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Seramai 500 penjaja dipilih melalui beberapa agensi termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Tekun Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ishak Muhamad berkata, peniaga berkenaan tidak boleh mengambil kesempatan ke atas pelanggan malah perlu menyediakan produk yang baik.

“Semua produk terutama makanan mestilah dalam keadaan baik dan harga menawarkan harga berpatutan supaya tidak menimbulkan persepsi negatif kepada pelanggan,” katanya selepas pelancaran Kelab Pembinaan Peringkat Negeri Pahang, di SMK Mat Kilau, di sini, semalam.

Beliau berkata, antara lokasi perniagaan yang dipilih ialah sekitar penginapan atlit, kawasan sekolah dan beberapa tempat strategik lain. “Peluang ini dibuka bagi membantu usahawan tempatan memperkenalkan perniagaan mereka epada pengunjung luar yang dijangka memenuhi tapak perniagaan sepanjang Sukma berlangsung,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pahang, Suhaimi Mansor. Menurutnya, melalui kemudahan itu, atlit dari seluruh negara lebih mudah mendapatkan makanan selain peniagamemanfaatkan peluang memperkenalkan produk mereka.Ishak berkata, kadar sewa yang ditetapkan juga berpatutan dan istimewa sesuai hasrat kerajaan menggalakkan peniaga meningkatkan pendapatan.

Semua penjaja dibenarkan memulakan operasi perniagaan pada 7 Julai dan berakhir pada 16 Julai depan -info media Kuantan-.

No comments:

Post a Comment