KUALA LUMPUR : Majlis Tertinggi Umno diminta menetapkan garis panduan
kepada mana-mana anggota parti yang ingin berdebat dengan pembangkang
bagi menjamin etika dan dasar parti tidak dipersenda dan dibahaskan di
khalayak umum secara terbuka.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata
mana-mana pemimpin UMNO yang teringin berdebat dengan wakil pembangkang
sepatutnya terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada MT.
“Ini bukan kerana takut kepada pembangkang, tetapi bagi menjaga
kehamornian parti dan mengelakkan daripada kerajaan diperlekehkan secara
terbuka oleh pembangkang,” katanya dalam laman web
www.umnobahagiancheras.blogspot
Beliau berkata apabila berlaku perdebatan mengenai pelbagai isu
secara tidak langsung ia membawa imej kerajaan kerana UMNO merupakan
tunjang kepada pemerintah.
Beliau mengulas debat antara Anggota MT UMNO, Datuk Saifuddin
Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Naib
Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertajuk ‘Demonstrasi Jalanan, Meruntuh
atau Mengukuh Demokrasi’ di Shah Alam malam ini anjuran sebuah akhbar
tempatan.
- BERNAMA -
No comments:
Post a Comment