SANDAKAN, 30 Jun (Bernama) -- Peranan media sosial kini dilihat
mempunyai peranan lebih luas, antaranya menjadi jentera penting kepada
Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata media sosial penyokong
kerajaan berperanan penting dalam memperbetul dakyah seperti fitnah dan
pembohongan yang disebar menerusi blog oleh sesetengah pihak tidak
bertanggungjawab.
"Serangan berbentuk fitnah dan sumber yang tidak benar cuba dibawakan
oleh pihak tidak bertanggungjawab, ini seharusnya bijak ditepis oleh
rakan media sosial.
"Mereka menjadi ejen dengan memberi penjelasan sebenar atau gambaran
sebenar akan kerajaan yang begitu ikhlas menunaikan janji," katanya
ketika berucap pada Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia
Negeri Sabah bagi Zon 5.
Beliau berkata penjelasan itu penting kerana rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment