Monday 25 June 2012

Marilah Sertai Program TUKAR



PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT (TUKAR)

Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPP yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:

• program membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘mom and pop;

• peningkatan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan;

– tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
– selari kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
– promosikan rantaian penawaran dengan kos yang efektif dan efisien;
– galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan

• usaha-usaha menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).

Pelaksanaan TUKAR dijangkakan akan dapat menyumbang kepada GNI sebanyak RM3.79 bilion dan mewujudkan sebanyak 23,743 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Empat (4)
strategi yang akan dilaksanakan iaitu:

• memodenkan premis peruncit tradisional sedia ada;
• menaik taraf premis peruncit tradisional sedia ada;
• menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang peruncitan; dan
• mewujudkan pusat pengedaran setempat.

Pihak hypermarket akan berperanan sebagai konsultan bagi pelaksanaan projek TUKAR. Pengendali pasaraya besar ini akan membantu peruncit-peruncit tradisional melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan susun atur (planogram), latihan peruncitan dan sebagainya. Usaha ini merupakan inisiatif syarikat-syarikat terbabit sebagai tanggung jawab korporat sosial (CSR) untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.

Manakala, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan menyediakan pinjaman mudah kepada pemilik-pemilik kedai runcit yang menyertai projek TUKAR.

Pada tahun 2011, sebanyak 519 buah kedai termasuk kedai-kedai koperasi telah berjaya dimodenkan. Kerajaan menyasarkan sebanyak 500 buah kedai runcit tradisional lagi akan dimodenkan pada tahun 2012.

Pegawai yang boleh dihubungi:

i) Encik Nor Azhar bin Manapi
No. Tel: 03-88826934 (Pejabat) / 019-3355696 (Telefon bimbit)
E-mel: norazhar@kpdnkk.gov.my

ii) Encik Mohd Khairul Dahri bin Mohd Zawawi
No. Tel: 03-88825827 (Pejabat) / 019-3850027 (Telefon bimbit)
E-mel: mkdahri@kpdnkk.gov.my

Maklumat Lanjut Sila Rujuk : http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/epp1/program-transformasi-kedai-runcit-tukar


No comments:

Post a Comment