Terkini : Kg Tanduo 100% "DIAMBIL-ALIH" ATM.
"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu
atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada
keadaan semasa".
Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo
sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh
militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan
Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang
mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk
menjalani rutin harian mereka.
"Ini bagi memastikan
penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka
selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang
akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di
Felda Sahabat di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai
kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada sesuatu yang disembunyikan
dan belum diselesaikan" di kawasan itu selepas pasukan keselamatan
enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun
Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan
pengganas sejak 11 Mac lepas.
Sambil menafikan andaian
itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis
terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar
terjamin sebelum mereka dibenar pulang.
Beliau berkata,
sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan
yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut
Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.
Katanya, apa yang
diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi
membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu
atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.
Pada
sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung
Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan
Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat
Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.
Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi
memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak
samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran
utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.
No comments:
Post a Comment