KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Penumpang teksi boleh menempah,
mengesan lokasi serta mengetahui identiti pemandu teksi yang bernaung di
bawah Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia Bhd
(GKPMB) dengan menggunakan sistem aplikasi 'Coop My Teksi' melalui
peralatan teknologi.
Sistem itu membolehkan penumpang menempah teksi melalui aplikasi MyTeksi yang dimuat turun pada telefon pintar (iPhone dan Android) dan tablet (iPad dan Android Tab), komputer melalui www.myteksi.com atau dengan satu panggilan telefon.
Ia hasil pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara GKPMB dengan pengendali sistem aplikasi My Teksi Sdn Bhd di sini hari ini, yang disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sempena pelancaran GKPMB.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Pengerusi GKPMB Mohd Salleh Mohd Zin berkata pengguna aplikasi boleh mengetahui identiti pemandu yang akan membawa mereka ke sesuatu lokasi bagi mengelakkan penyamaran di kalangan pemandu teksi.
"Sistem aplikasi ini boleh mengesan pemandu-pemandu teksi yang berdaftar di bawahnya. Setakat ini sebanyak 1,200 pemandu teksi di seluruh negara yang mendaftar dibawahnya.
Mohd Salleh berkata teksi juga akan dilengkapi dengan perkhidmatan gajet berteknologi canggih seperti GPS bagi memudahkan penumpang mereka serta sistem itu mengesan akan lokasi mereka.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata pemandu teksi perlulah bijak menggunakan gajet canggih bagi meraih lebih ramai penumpang mereka selari dengan perkembangan teknologi canggih pada masa kini.
Katanya, industri pengangkutan teksi juga perlu melalui proses transformasi moden dan kerjasama sedemikian menampakkan koperasi teksi tidak ketinggalan untuk menggunakan kemudahan teknologi selari dengan kepesatan perkembangan sistem penyaluran maklumat.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment