BERA: Kerajaan diminta menyiasat hubungan baik
antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan mereka itu dilihat menimbulkan persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.
"Bagi saya, Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Bera di Bohor Baru, di sini, Khamis.
Turut hadir Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pendedahan laman web WikiLeaks baru-baru ini membuktikan Anwar dan Misuari sering mengadakan pertemuan.
"Gambar Anwar yang rambutnya sudah putih itu membuktikan bahawa itu adalah gambar terbaharu.
"Dia (Anwar) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat politiknya," katanya. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment