Sempadan 3 Negara Kini dikawal ketat..
TERKINI ! PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA
DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI
PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA
PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara
Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan
Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.
Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut
berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang
sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina. Rakan-rakan yang baru balik dari
Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah
persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak
seperti hari-hari biasa. Mereka mendapat maklumat, pergerakan
ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa
bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh
pengganas-pengganas Sulu ini.
Nampaknya, saki baki pengganas
Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan
paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan
bergerak dalam kumpulan yang kecil. Perairan menuju ke pulau-pulau
berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.
Kini,
perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia
(TNI) laut dan darat. Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu
pilihan...Menyerah tanpa syarat! - Kedahkini.
No comments:
Post a Comment