KUALA KANGSAR 19 Mac - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dukacita ekoran tindakan parti politik tertentu yang memanipulasi kandungan dan mesej titah-titah baginda demi kepentingan politik.
Raja Dr. Nazrin bertitah, perbuatan tersebut telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat, seolah-olah baginda menzahirkan sokongan kepada parti politik berkenaan.
"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik sebenarnya boleh disifatkan mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian dan melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan upacara Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, di sini hari ini. -
No comments:
Post a Comment