Hari ini kita melihat perbandingan
kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin bertindak sebagai
Menteri Kewangan – Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri
Najib Tun Abdul Razak.
Di bawah disertakan graf kita
sama-sama nilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa ketiga-tiga
individu ini menjadi Menteri Kewangan – dari segi turun-naik pasaran.
1. Anwar Ibrahim
Kadar bursa Malaysia pernah mencecah
paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33 semasa Anwar Ibrahim
menjawat jawatan Menteri Malaysia. Ketidakpercayaan pelabur terhadap
kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan faktor
utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya
mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah
dalam sejarah negara.
Namun tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat tentangan Tun Mahathir Mohamad (Dato’ Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan menyebabkan negara ini “terjajah” di bawah IMF. Maka Tun M terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara.
2. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pada 1 September 1998, Bursa Malaysia
ditutup pada paras terendah dalam sejarah negara, 261.33 disebabkan
kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim menjadi
Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan Anwar
menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997.
Maka pada 2 September 1998, Anwar
Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu, Dato’ Seri)
telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk mengembalikan
kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku peningkatan
jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa Malaysia
terus meningkat dan meningkat.
3. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi global ppada
tahun 2008 masih terasa. Walaupun begitu, ternyata paras terendah Bursa
Malaysia sepanjang Dato’ Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan
ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar
sebagai Menteri Kewangan, 261.33.
Malah graf pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato’ Seri
Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif
kerajaan ternyata berjaya menarik golongan pelabur untuk membuat
pelaburan di negara ini, disamping kepercayaan pelabur dengan kondisi
ekonomi negara yang stabil.
Hasilnya peluang pekerjaan terus meningkat dan pendapatan negara mampu dijana dengan baik.
Kesimpulan
Adakah anda mahu memilih Menteri Kewangan TERBURUK dalam sejarah sebagai Perdana Menteri?
Anda sudah mampu menilai sendiri
daripada graf Bursa Malaysia yang telah diberikan. Anda boleh lihat dan
pertimbangkan, siapakah lebih layak untuk meneraju negara demi
memastikan keadaan ekonomi negara terus stabil dan aman. Apa-apa pun,
tepuk dada tanya iman. Wak sudah membuat pilihan, anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment