Monday 18 March 2013

Memahami Dengan Mudah Kenapa DS Najib Melambatkan PRU 13

Isu bila parlimen bubar dan PRU 13 menjadi polemik kepada pembangkang. Pembangkang kata DS Najib coward, penakut, tidak bersedia dan berani.
Pembangkang tidak sabar...Anwar Ibrahim lagi tidak sabar mahu jadi PM...
3.4 juta ahli UMNO pecah dua. Ada yang mahu PRU 13 cepat berlansung kerana sebahagian dari 190 Bahagian UMNO telah bersedia 2 setengah tahun dulu.
Ada yang mahu lambat kerana kerja last minit baru mencari momentum 3 bulan lepas.
Pada 8 Mac 2013 maka genaplah umur kerajaan BN selama 5 tahun. Mandat yang perolehi pada PRU 12 adalah mandat Tun Abdullah Badawi.
DS Najib hanya mengantikan Tun Abdullah sebagai PM bererti DS Najib belum mendapat mandat rakyat yang sebenar.
Dalam masa 3 tahun banyak juga usaha DS Najib menguatkan UMNO dan BN. Antaranya:
  • Kad Pelaporan BN yang baik
  • GTP
  •  ETP
  • Pertumbuhan ekonomi yang mampan 6.5%
  • Program Janji Ditepati
Kenapa DS Najib melambatkan tarikh pembubaran parlimen? Ada orang kata DS Najib terpengaruh dengan strategi Fabian yang dipopularkan oleh seorang jeneral Rom yang bernama Quintus Fabius Maximus untuk mengalahkan jeneral Hannibal dari Carthage pada 217 BC.
Strategi Fabian melemah dan meletihkan musuh dalam jangka masa yang lama. Jeneral George Washington juga guna strategi Fabian semasa perang Revolusi Amerika mengalahkan British setelah kalah teruk pada 1776 dan 1777.
Walau UMNO dan BN belum lagi kalah teruk hingga menjadi pembangkang namun bila Pakatan Rakyat boleh menafikan dua pertiga parlimen PRU 12 dan persepsi berlakunya rakyat mahu menolak BN 3 tahun yang lepas TIDAK SALAH untuk DS Najib guna strategi Fabian.
WZWH dapat merasakan usaha-usaha DS Najib sudah menampakkan hasil. Sedikit demi sedikit pelbagai jenis kelompok masyarakat sudah mula yakin kepada kepimpinan DS Najib.
Oleh kerana DS Najib tahu kerajaan BN tidak menguasai beberapa negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah maka DS Najib perlu biarkan negeri-negeri pembangkang ini terbubar secara automatik.
Senang untuk DS Najib membubarkan parlimen supaya semua parlimen dan semua Dewan Undangan  Negeri boleh mengadakan PRU serentak.
Walau MB dan Ketua Menteri negeri-negeri itu berkuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri namun kuasa untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan PRU dibawah bidang kuasa SPR dalam masa 60 hari.
Bagi negeri di bawah pemerintahan BN seperti Johor dewan akan terbubar secara automatik pada 21 Mac manakala negeri lain seperi Negeri Sembilan 26 Mac, Pahang 7 April, Perak 24 April, Melaka 26 April , Perlis 28 april , Sabah 29 April dan Terengganu pada 5 Mei 2013.
Manakala negeri yang di bawah pakatan pembangkang Selangor pada 22 April , Kelantan pada 28 April , Pulai Pinang dan Kedah pada 2 Mei 2013.
Maka, jika Parlimen bubar pada 2 Mei dan Pulau Pinang serta Kedah bubar secara automatik pada 2 Mei, kemungkinan SPR akan memanggil mesyuarat PRU pada 6 Mei manakala penamaan calon pada 11 Mei.
Diberikan tempoh 14 hari untuk berkempen, bermakna PRU 13 akan diadakan pada 25 Mei 2013. Itulah tarikh yang paling sesuai.
Kesinambungan pemerintahan BN perlu diteruskan dengan menekankan aspek penambahbaikan calon dan lebih bertumpu membantu rakyat serta mengembalikan keyakinan rakyat.
Oleh yang demikian DS Najib perlu menzahirkan pemilihan calon yang boleh menang dan direstui para pengundi bagi menjamin kemenangan besar BN.
Pemilihan calon yang boleh menang atau winnable candidate sudah muktamad?
Pemilihan calon dan kesiap siaga jentera BN menjadi aspek penting dan apa-apa tarikh pembubaran parlimen tidak akan menjadi halangan untuk kemenangan majoriti dua pertiga parlimen.

No comments:

Post a Comment