Monday 18 March 2013

LKS Calon Tua Bangka Tidak Relevan Di Parlimen Gelang Patah Johor


Lim Kit Siang, 72 adalah calon 'relic of the past' yang tidak relevan dengan aspirasi orang muda PRU 13. Anwar Ibrahim yang mencalonkan LKS di parlimen Gelang Patah, Johor telah membawa politik Johor ke belakang.
Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang telah umum Lim Kit Siang (LKS), 72 calon bertanding di parlimen Gelang Patah Johor.
PRU 12, Tan Ah Eng MCA menang di parlimen Gelang Patah yang komposisi orang Cina membentuk 54%, orang Melayu 33% dan India 12%.
Tan Ah Heng mendapat 33,630 undi mengalahkan Zaliha Mustafa PKR 24,779 undi.
Tindakan Anwar Ibrahim  yang suka mengorbankan calon-calon PKR sendiri tidak disenangi. Sebelum ini Anwar Ibrahim telah membiarkan Lim Guan Eng megumum Wong Tack calon DAP bertanding di parlimen Bentong Pahang yang merupakan juga kerusi PKR.
Ditambah pula kerusi parlimen Gelang Patah menjadi rebutan secara terbuka antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Ketua PKR Johor Chua Jui Meng.
Sedikit sebanyak penyokong tegar Dr Boo Cheng Hau dan Chua Jui Meng akan marah dan berdendam.
Keputusan Anwar Ibrahim mencalonkan LKS adalah tidak menepati cita rasa aspirasi majoriti pengundi muda parlimen Gelang Patah dan ke belakang.
Pengundi mahu calon muda yang bertenaga, sihat fizikal dan mental, anak tempatan yang lebih memahami dan mengetahui isu-isu tempatan.
Calon-calon tua bangka seperti LKS yang berumur 72 sudah tidak sesuai dengan trend PRU 13 yang mahu orang muda.
Anwar Ibrahim hanya mahu memuaskan ego DAP dengan meletakkan pemimpin supreme tanpa mengira kehendak majoriti pengundi muda parlimen Gelang Patah.
BN mengalu-alukan LKS bertanding di Johor.

No comments:

Post a Comment