Thursday, 21 March 2013

Lahad Datu Inside !! Pengganas Bawa Duit Dalam Karung Plastik !! Dalang Di Buru...


Selama ini kita tahu bahawa Anwar Bin Ibrahim dan Nur Misuari merupakan dalang utama dalam pencerobohan Lahad Datu oleh para pengganas Filipina berikutan dengan pertemuan sulit mereka berdua sebelum pencerobohan tersebut.  Malahan Anwar keparat telah mendendangkan lagu Najib hilang Sabah dengan penuh gembira. Tambahan pula pengganas yang menyerang itu merupakan orang-orang kanan Nur Misuari.
Bukti ditambah lagi apabila seorang lelaki rakyat Filipina pengikut kumpulan pengganas Kiram yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi  mendakwa tindakannya menceroboh Lahad Datu adalah kerana diarah dan dibayar oleh seseorang  pada awal februari lalu .
“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau. 
Holland Kalbi yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan pengganas turut menyifatkan tindakannya itu sebagai bodoh. Holland yang dipakaikan jaket keselamatan khas berwarna putih dengan tangan bergari, menyatakan demikian ketika memohon dibebaskan dengan jaminan.
Bagaimanapun Hakim P. Ravinthran menjelaskan pengakuan itu tidak direkodkan kerana tertuduh tidak diwakili peguam bela manakala prosiding berkenaan hanya untuk membacakan pertuduhan kepada tertuduh-tertuduh bagi mencatatkan sama ada mereka memahaminya atau tidak.

Dia dan lima lagi tertuduh, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Lin Mad Salleh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad H Manuel, didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanduo, dalam daerah Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Atik Hussin dan Basad juga masing-masing didakwa dengan satu lagi pertuduhan, iaitu melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Kampung Tanjung Labian dan di Kampung Tanduo, antara 9 Februari dan 3 Mac lalu.  Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Sesungguhnya mereka yang merancang dan menggerakkan serangan ke atas Lahad Datu ini wajib dikenakan hukuman seberat-beratnya.
Bagi kita rakyat Malaysia maka kita berjuang dengan cara menolak pakatan haram dalam PRU13 yang akan datang sedikit masa lagi..seterusnya baca d SINI

No comments:

Post a Comment