Berikut adalah kronologi selepas 17 hari Operasi Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:
16 Mac - Polis dalam peringkat akhir bagi menyiapkan kertas siasatan terhadap 27
suspek yang ditahan di daerah Semporna, dipercayai terlibat dalam
insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas.
17
Mac - Pasukan keselamatan mencadangkan kepada Eastern Sabah Security
Command (ESSCOM) penempatan haram di beberapa perkampungan air di daerah
Semporna dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir
keganasan serta aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan
dadah.
17 Mac - Pasukan keselamatan Operasi Daulat menembak
mati seorang pengganas Sulu dari selatan Filipina dalam operasi di
Kampung Tanjung Batu.
17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk
Hamza Taib memberitahu 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang
dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.
17 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), meliputi
1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, bermula di gugusan
Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik.
19 Mac -
Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang
menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung
Batu, tiada kecederaan dilapor dalam pertempuran itu.
20 Mac -
Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah
Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu,
atas pertuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang
di-Pertuan Agong.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan
Seksyen 121 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit
kesalahan.
21 Mac - Sehingga kini, 268 orang ditahan kerana
memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan manakala 108
ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA).
21 Mac - Lapan warga Filipina berdepan hukuman mati
dan penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas
pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan
menganggotai kumpulan pengganas.
No comments:
Post a Comment