BEGITU ramai peminat-peminat Tian Chua, pencetus filem drama ‘Lahad Datu the movie’ yang mendapat sambutan ‘pecah panggung’.
Begitu ramai yang teruja, membakar gambar, memijak-pijak gambar, perarakan dengan kain rentang di seluruh negara,
Sambutan luar biasa yang mencerca,
mengherdik Tian Chua atas sikap biadap dan celupar menuduh kerajaan UMNO
merancang pencerobohan Lahad Datu sebagai ‘diversion’ kepada
permasalahan negara.
Kerajaan perlu buktikan pertemuan Anwar
Ibrahim dengan Nur Misuari dari MNLF ada kaitan dengan pencerobohan
‘Tentera Sultan Sulu’. Jika akhbar Filipina sendiri membocorkan
cerita-cerita persengkokolan ini. Biarlah Tian Chua tersentak dari lena
bahawa rupa- rupanya semua ini bukan sandiwara tetapi betul-betul
berlaku di alam realiti.
Saya suka hendak membicarakan skrip
drama lima orang jeneral yang terjebak dengan politik Anwar Ibrahim.
Sekadar lima orang? Tetapi saya lihat berpuluh-puluh bekas jeneral yang
hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri. Mengkagumkan. Saya pasti
jeneral-jeneral yang sedang berkhidmat dan segala anggotanya tentu
bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada hari ini.
‘Lima jeneral lapuk’ itu sudah ketinggalan zaman memilih pemimpin politik yang sudah ‘outdated’ dan ‘expired’.
Bagaimana lima jeneral yang diasuh,
diajar dengan disiplin dan doktrin ketenteraan boleh memilih seorang
pemimpin yang didakwa terlibat dengan skandal-skandal sebagaimana yang
dipaparkan di media dan sahabat-sahabat karibnya.
Pemimpin itu mempersoalkan pula ‘command
structure’ ATM sedangkan struktur kuasa PKR sendiri kucar-kacir. Siapa
yang berkuasa dalam partinya, Penasihat atau Presiden PKR? Tetapi itu
yang berlaku dalam PKR.
Bagaimana lima jeneral ini boleh terpikat dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim?
Adakah mereka ini pernah bersama-sama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM dahulu?
Mereka tentu mempunyai ‘intelligence/perisikan’ tetapi lima jeneral ini tidak cukup intelligent atau kebijaksanaan.
Jeneral yang bijak boleh berfikir secara
strategik dan taktikal akan satu-satu situasi. Jeneral mungkin bekas
professional soldiers tetapi bukan professional politicians. Dalam
situasi sebegini akan kelihatan kebodohan jeneral-jeneral tersebut.
Apakah agaknya yang dijanjikan oleh PKR
kepada lima jeneral itu? Kedudukan, pangkat, jawatan Menteri Pertahanan,
bisnes dan sebagainya.
Jeneral-jeneral ini rupa-rupanya ada
cita-cita politik dan ingin berkuasa. Alhamdulillah mereka menunjuk
belang selepas bersara. Apalah akan terjadi jika jeneral-jeneral yang
dahaga dan lapar kuasa ini masih berkhidmat dan membawa anak- anak buah
mereka menentang kerajaan dengan cara rampasan kuasa?
Kita minta kerajaan berhati-hati dan
selidik jika mereka membocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh
menjejaskan keselamatan negara. Gunakan OSA.
Ketika lawatan ke Indonesia, saya sempat
melawat tugu peringatan tujuh jeneral TNI yang diculik, diseksa dan
dibunuh dalam insiden Lubang Buaya ketika rampasan kuasa PKI.
Memang cukup menyayat hati, tetapi apa
yang lebih penting ialah pelajaran yang perlu kita hayati daripada
peristiwa Lubang Buaya ini.
Lima jeneral bersara ini sedarlah bahawa
kedaulatan negara lebih penting dan utama daripada pentas-pentas
politik yang belum menjanjikan apa-apa kepada anda semua.
Kepada semua rakyat, veteran dan bekas
tentera anggaplah mereka 5 jeneral humpty dumpty. Kita semua masih ingat
lagu kanak-kanak tentang humpty dumpty ini.
”Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.
All the king’s horses and all the king’s men
Couldn’t put Humpty together again”
Kalau dalam cerita rakyat Melayu
bolehlah kita anggap anggota jeneral-jeneral ini sebagai ”Si Luncai
terjun dengan labu-labunya… biarkan, biarkan.”
Veteran dan bekas tentera marah kepada
jeneral-jeneral ini sebagaimana yang terpapar di media massa
kebelakangan ini. Saya ingin sarankan kita tidak perlu doktrin tentera
untuk serang balas jeneral-jeneral ini.
Apa kata kita guna doktrin awam iaitu
PRU-13. Semua rakyat, tentera, veteran, bekas tentera, pengundi-pengundi
jangan mengundi PR, PKR, DAP dan Pas. Kita biarkan luncai terjun dan
humpty dumpty jatuh dari temboknya.
Kita tolak parti politik yang boleh menjahanamkan negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment