Thursday 14 March 2013

Kemelut Kem Azmin Dan Kem Wan Azizah Bukan Cerita Baru

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kenyataan berupa serangan Mohd Fareez Kamal Intidzam terhadap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berhubung ketidakmampuannya memimpin parti itu membuktikan adanya rasa ketidakpuasan hati ahli terhadap kepimpinanannya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata apa yang berlaku dalam PKR itu bukan perkara baru, malah sudah diketahui umum bahawa peranan Wan Azizah hanyalah sebagai boneka kerana parti itu sebenarnya diterajui oleh pihak lain yang diketuai oleh Anwar.

“Tiada sebarang perubahan yang dibuat oleh Wan Azizah terhadap parti itu, dia lebih banyak berdiam diri, tidak pernah kita dengar beliau memberi sebarang kenyataan atau komen terhadap apa jua perkara atau isu yang membabitkan pakatan pembangkang, yang sering kita lihat hanyalah Anwar dan Azmin (Timbalan Presiden PKR) sahaja, apakah peranan sebenarnya Wan Azizah?

“Apa guna menjadi presiden jika tidak mampu bersuara, mengapa sehingga kini Wan Azizah masih berdiam diri, jika tidak benar dia seharusnya menyanggah apa yang didakwa oleh Mohd Fareez, di manakah maruahnya bukan sahaja sebagai presiden, malah sebagai seorang isteri kepada Anwar,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Fareez bahawa Wan Azizah tidak layak untuk memimpin PKR kerana sikap berdiam diri terutama dalam persediaan menghadapi pilihan raya serta pendedahan sikap cemburu melampaunya terhadap beberapa pemimpin dan pekerja PKR.

Anuar berkata, sebagai presiden parti, Wan Azizah sepatutnya tampil membuat kenyataan terutama berhubung dirinya terhadap parti, beliau juga perlu memberi penjelasan berhubung pendirian parti itu terhadap beberapa isu yang berbangkit bukannya bukannya membiarkan orang lain membuat kenyataan, dimanakah peranannya sebagai seorang presiden yang dilantik oleh ahlinya.

Menurutnya, apakah motif sebenar Wan Azizah masih terus menjawat jawatan Presiden PKR, apakah itu antara agenda untuk memastikan PKR terus menjadi dinasti kepada keluarga Anwar sehingga menyebabkan dia dianggap sebagai presiden boneka PKR bagi memudahkan Anwar untuk terus merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment