Wednesday 20 March 2013

Ceritera Husam Ke Putrajaya

Husam Kambing-2Sinar Harian  hari ini melaporkan Husam mencari nahas sekiranya bertanding di Putrajaya. Tetapi Husam akan mati lebih terhormat sekiranya bertanding dan kalah di Parlimen Jeli.
Mengenali Datuk Husam Musa, belaiu seorang ahli politik yang amat licik, kelicikan seperti belut. Biarpun ‘lone ranger’ dalam barisan Exco Kerajaan Pas Kelantan, beliau masih boleh hidup dan masih boleh buat apa yang dia suka disebabkan ‘back up’ yang kuat daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah Husam tahu ramai yang mahu ‘membunuh’ karier politiknya. Dan pemerhati politik sendiri boleh membaca bagaimana desakan yang begitu kuat dari dalam Pas sendiri ke atas Husam apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah membuat kenyataan Pas Kelantan akur sekiranya Husam di arahkan bertanding di Putrajaya.
Sebenarnya cakap-cakap mengenai Husam berpindah kerusi bukan baru. Sebelum ini, beliau dikatakan didesak ke kerusi Parlimen Kubang Kerian yang kosong selepas penyandangnya, Salahuddin Ayub kembali ke negeri asalnya, Johor.
Kemudian timbul pula cerita, Naib Presiden Pas itu akan dibawa ke Parlimen Kota Bharu bagi menggantikan  ’Cikgu Rahim’ tetapi ditentang oleh penyokong Datuk Takiyuddin Hassan.
Bagaimanapun Husam dikatakan bermati-matian mahu kekal di DUN Salor – kerusi asalnya. Malah ada versi yang menyatakan Husam menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Jeli – kubu kuat BN – sekiranya kumpulan terbabit mahu sangat ‘membunuhnya’. Biar mati secara terhormat – katanya.
Jika difikir secara mendalam untuk apa Husam beria-ia mahu mempertahankan kerusi Salor sedangkan Anwar Ibrahim telah mencanangkan ke serata dunia bahawa pakatan akan mengambil alih Malaysia.
nik amarKalau benar Husam tidak mahu ke Parlimen itu menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak yakin pakatan akan memerintah. Kedua, beliau melihat peluang untuk menjadi Menteri Besar lebih cerah kerana Nik Aziz dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar selepas PRU-13. Ketiga, sekiranya menjadi Menteri Besar beliau dapat mengukuhkan kedudukannya dalam politik Kelantan dan operasi pembersihan puak-puak menentang dapat dihapuskan.
Cerita yang ditulis ini bukan perkara baru. Hampir semua tahu Husam yang diiktiraf Nik Aziz sebagai kurniaan Allah untuk rakyat Malaysia bukan satu kapal dengan Mohd. Amar, Takiyuddin dan Anuar Tan Abdullah.
Malah berdasarkan tinjauan umum rata-rata ahli atau penyokong Pas lebih gemar Mohd. Amar mengambil alih kepimpinan negeri daripada Nik Aziz kerana beliau mempunyai latar belakang ulama.
Penyokong Pas melihat Husam seorang licik dan tidak menepati ciri-ciri ulama. Beliau akan cuba auta sedaya upaya untuk memastikan keadaan memihak kepadanya.
Lihat sahaja dalam kes perbicaraan saman fitnahnya terhadap penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Beliau sengaja mencari helah supaya kes tersebut tidak dibacarakan. Rujuk di sini.
Apakah Husam takut segala tipu helahnya terbongkar selepas ini?
TakiyuddinKesimpulan daripada spekulasi Husam ke Putrjaya sangat mudah –  pertama, Husam memang licik; kedua, Pas berpecah; ketiga; wujud desakan yang kuat untuk menolak Husam daripada arus politik Pas.
Apa yang pasti Pas Kelantan sudah dijangkiti sindrom UMNO. Perpecahan dikalangan mereka sudah menjadi rahsia umum yang sering diperdebatkan dikalangan pemerhati politik Kelantan malah sehingga ke kedai kopi. Jadi, tidak hairan sekiranya Pas tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Dan terakhir, Husam juga mungkin akan mencari penulis artikel ini untuk menyaman kerana telah mencalarkan imejnya. Husam adalah Raja Saman tetapi akhirnya menjerat diri. Perlu diingat undang-undang Malaysia membenarkan siapa sahaja untuk menfailkan saman selagi si polan itu mempunyai wang yang mungkin berguni-guni.
Sekadar bertanya apa sudah jadi dengan projek Jamnapari, Koridor Depu, Stadium dan Lebuh Raya Rakyat?

No comments:

Post a Comment