Thursday 14 March 2013

Bersatu...lahir dari insiden Lahad Datu


gerombolan bersenjata Sulu telah mencetuskan satu kesedaran...maka buat pertama kali pelbagai NGO mengambil langkah bergabung dibawah satu platform yang dinamakan Malaysia Bersatu atau singkatannya Bersatu atas hajat mengembeling gerakan massa bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Senator Ezam Mohd Nor telah mengambil inisiatif menyelaras pembentukan Bersatu.

Baginya serangan pengganas di Lahad Datu membuka hakikat bahawa sebuah negara yang berjaya, stabil dan aman seperti Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman dan serangan musuh.
 
Malah katanya, kejayaan Malaysia telah mengundang lebih banyak ancaman dan serangan daripada berbagai pihak dalam dan luar negara.
"Pencerobohan Lahad Datu menuntut kita sebagai rakyat Malaysia bersama dalam satu barisan untuk mempertahankan kedaulatan negara,"kata Ezam dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.
 
Jelas beliau, Bersatu lahir dari kesedaran bahawa tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan negara ini tidak boleh dibebankan hanya kepada pasukan keselamatan yang berjuang di medan perang.
Katanya Ezam, Bersatu merupakan sebuah gerakan massa yang berbentuk 'programme base' yang mana sebuah sekretariat akan dibentuk untuk menuruskan program-program mereka di seluruh negara selepas ini.
 
"Kita ajak rakyat bersatu demi mempertahankan negara, melawan pengkhianat, anasir subversif dalam dan luar negara, apa yang terjadi di Lahad Datu hari ini adalah soal serius yang mengancam kedaulatan Malaysia, jika sebab inipun kita tidak boleh bersatu, saya kira ia merupakan pertanda yang malang buat negara ini,"ujarnya.
 
Sambil mendedahkan bahawa ada kuasa-kuasa asing cuba mempergunakan rakyat Malaysia untuk mewujudkan suasana tidak stabil di dalam negara bagi melemahkan kerajaan yang ada.
"Ada pihak yang tidak mahu melihat negara ini terus tegak mempertahankan pendirian bebas dari kongkongan mana-mana kuasa asing timur mahupun barat,"katanya.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut wakil-wakil dari 25 NGO yang mewakili berbagai pertubuhan daripada termasuk persatuan-persatuan mahasiswa.
Menurut Ezam, jumlah keanggotaan dalam Bersatu mungkin akan meningkat selepas mereka turun ke negeri-negeri tidak lama lagi.
"Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu bersama kita atas semangat mahu mempertahankan kedaulatan negara,"ujarnya.
Sementara itu, turut berucap dalam majlis tersebut adalah Mursidul Am TIBAI, Zahid Mat Arip, yang mendesak ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beberapa perkara termasuk pertemuan dengan Nur Misuari.
 
Nur Misuari adalah bekas Pengerusi MNLF dan baru-baru ini membuat kenyataan mahu berperang dengan Malaysia jika sekiranya pasukan keselamatan kita memgambil tindakan yang keras terhadap penceroboh Lahad Datu.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omar Din pula menyatakan sokongan penuh terhadap gabungan NGO-NGO tersebut dan kesediaan pihaknya untuk bersama-sama di dalam program yang dianjurkan Bersatu.
 
Turut serta dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, wakil dari Perkasa, Jati, Yadim, JMM, Penggerak Mahasiswa UM serta beberapa yang lain.

No comments:

Post a Comment