Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mendakwa hak pemimpin
pembangkang terutamanya daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
yang berjuang sejak 20 hingga 30 tahun lalu untuk bertanding dalam
pilihan raya jelas dinafikan apabila beberapa bekas pegawai kanan
angkatan tentera menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Beliau melihat senario itu sebagai tindakan pintas atau ‘short cut’ kepada bekas-bekas jeneral terbabit menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Bekas jeneral ini lakukan ‘short cut’ untuk jadi calon dan sudah pasti pemimpin PAS dan PKR yang berjuang lebih 20 tahun tidak selesa dengan perkembangan ini dan terpaksa telan air liur apabila tiba-tiba orang yang baru setahun jagung dalam politik nak potong giliran.
“Mungkin mereka (bekas jeneral) ini ada masalah peribadi atau mahukan sesuatu tetapi tak dapat lalu beralih sokongan kepada parti pembangkang.
“Bagi saya, mereka ini hanya mewakili suara minoriti dan kita ada berpuluh-puluh jeneral yang masih bersama-sama kita seperti yang dizahirkan dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di Ipoh, petang tadi.
Terdahulu Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merasmikan majlis penerangan isu semasa kepada 240 penceramah yang mewakili sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Perak di Bangunan UMNO negeri.
Dalam perkembangan lain, BN katanya, mensasarkan memenangi minima 160 kerusi Parlimen pada PRU-13, berbanding hanya 140 kerusi pada PRU-12.
Katanya, bersandarkan logik akal, tsunami politik 2008 berjaya dihentikan hasil pelbagai dasar transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
“Transformasi yang diperkenalkan PM jelas digemari rakyat contohnya pendekatan turun padang dan mendahulukan rakyat yang mana semua ini menghentikan tsunami politik 2008.
“Pada PRU-13, kita jangka dapat sekurang-kurangnya 160 kerusi Parlimen, iaitu dengan cara merampas kembali 10 daripada 31 kerusi PKR, lima daripada 23 kerusi PAS dan lima daripada 28 kerusi yang dimenangi DAP,” katanya lagi.
Mengulas program berkenaan, Ahmad berkata, setiap penceramah UMNO perlu menggunakan kaedah terang dan serang bagi mematahkan pembohongan parti pembangkang.
Penceramah yang dilantik juga katanya, perlu menunjukkan keyakinan tinggi dan menggunakan segala maklumat dan bahan yang disediakan termasuklah video pendek agar maklumat disalurkan dapat secara berkesan kepada rakyat.

No comments:
Post a Comment