Tuesday 19 March 2013

Amal Prihatin Anak Muda Berkoperasi Montage @ismailsabri60




ISMAIL SABRI (tengah) dan Danny (kiri) menunjukkan sijil Malaysia Book Of Records kerana berjaya mencatatkan rekod menukar minyak enjin motosikal secara serentak melibatkan 1,400 orang di Bera



BERA - Seramai 1,400 belia bermotosikal khususnya dari daerah Bera berjaya mencatat rekod dalam buku Malaysia Book of Records apabila mereka menukar minyak enjin motosikal secara serentak di Dataran Kerayong di sini pada 9 mac 2013.
Rekod berkenaan dicatat pada Program 'Jom Check Motor' yang diadakan sempena Karnival Himpunan Anak Muda Berkoperasi Belia 1Malaysia (KOB1M).
Selain belia terlibat, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera turut hadir bagi memeriahkan dan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai aktiviti sihat itu.
Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi ketika ditemui memberitahu, pihaknya mengiktiraf dan mengesahkan rekod tersebut selepas program itu berakhir.




Video Link  : Amal Prihatin Anak Muda Berkoperasi Montage
http://www.youtube.com/watch?v=EDv90G2Krn8&feature=youtu.be

No comments:

Post a Comment