Saturday 5 January 2013

Yayasan Artis 1Malaysia : Bantuan RM5 Juta buat Penggiat Seni.


 
alt
 
KUALA LUMPUR 5 Jan - Pengumuman Perdana Menteri meluluskan peruntukan khas buat golongan artis membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam memberi penekanan aspek pembangunan dan kebajikan Industri Seni di Negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Crus berkata, sebanyak RM5 Juta bakal disalurkan pihak Kerajaan Pusat menerusi Kementerian berkaitan kepada Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M)  secara berperingkat demi menjaga kebajikan para artis khususnya golongan warga emas.

"Peruntukan akan diberikan secara berperingkat iaitu sebanyak RM 2 juta pada tahun 2012 dan RM 3 juta lagi pada tahun 2013.

"Tidak dinafikan artis golongan veteran lebih banyak memerlukan pertolongan khususnya pembiayaan kos rawatan," katanya ketika membacakan teks ucapan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Majlis Sumbangan Kebajikan Seniman di sini semalam.
 
alt
 
Tambahnya lagi, sumbangan ini merupakan satu langkah positif bagi membantu membela golongan seniman dan seniwati tanah air.

"Saya berharap dengan adanya yayasan ini, tiada lagi kedengaran berita berhubung artis-artis veteran yang terlantar sakit dan memerlukan bantuan."

"Saya berharap yayasan membuat perancangan teliti mengenai pelan perancangan mengenai plan kebajikan mereka supaya merangkumi skim persaraan, skim insurans berkelompok, skim kesihatan dan sebagainya." katanya.

No comments:

Post a Comment