Polis hari ini berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu
sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam
perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, Mohamad Farid Akhtar, 24, dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, diberkas di dua lokasi berasingan di kawasan Kubang Semang di sini antara jam 9 dan 9.30 malam, hasil risikan dan maklumat awam.
“Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu
yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala
dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta
di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua
tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali
sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe
Mafia. Mereka yang masih diburu ialah Hamzani Harun, 37, Mohamad
Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39.
No comments:
Post a Comment