PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai
pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut
Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR
yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP,
Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian konsisten
seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana
kalimah ALLAH adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa
secara tepat.
Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut
perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan
ketika beribadat.
"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain
menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai
maksud asal bahasa al-Quran," katanya.
No comments:
Post a Comment