Saturday, 12 January 2013

Penganjur #KL112 langgar syarat APA



KUALA LUMPUR: Penganjur KL112 ternyata melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) selepas membiarkan peserta membawa anak kecil untuk turut serta dalam perhimpunan di Stadium Merdeka, hari ini.

Tinjauan yang dilakukan di luar kawasan stadium mendapati hampir sebahagian besar peserta membawa anak mereka seawal usia tiga hingga enam tahun ke dalam stadium bagi mendengar ceramah pemimpin pembangkang.
Seorang bapa yang ditemani isteri dan dua anak berusia tiga dan lima tahun dari Jerantut, Pahang, berkata dia tidak mempunyai pilihan lain hingga terpaksa membawa anaknya selepas tiada siapa yang ingin menjaga mereka di sana.


"Memang saya tahu salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya membawa kanak-kanak bawah umur ke perhimpunan ini namun saya terpaksa kerana isteri dan saya ingin mendengar amanat yang disampaikan penganjur.

"Saya minta agar awak (media) maafkan kami dan tidak melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya yang ditemui di perkarangan stadium.

No comments:

Post a Comment