JOHOR BAHARU, 12 Jan — Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk
Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan
kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.
Menurutnya kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka
yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah
setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.
“Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini.
“Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras.”
Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya.
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.
“Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.
“Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan,” katanya.
Nooh berkata, jika penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.
Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara.
“Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti ‘yang menang jadi arang yang kalah jadi abu’.
“Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar,” katanya. — Bernama

No comments:
Post a Comment