11. Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan media pro-pembangkang khususnya blogger dan portal akan digunakan sebagai agen promosi. Mereka dijangka akan menggunakan imej Nik Aziz ataupun kata-kata beliau untuk memujuk orang ramai turun.
12.
Elemen Nik Aziz adalah penting untuk memujuk khasnya jentera PAS yang
terkenal dengan mentaliti fanatik, kos rendah dan sanggup melakukan apa
sahaja demi Nik Aziz.
13.
Media utama pro-pembangkang seperti Harakah, Roket, dan Suara Keadilan
turut bakal memainkan peranan penting dalam mempromosikan himpunan ini.
Penggunakan #KL112 akan digunakan disetiap posting mereka di media
sosial.
Apa jua isu pun akan dikaitkan dengan #KL112 untuk menarik khalayak
14.
Dapat dilihat juga bahawa mereka belum lagi mengumumkan tempat himpunan
tersebut. Mereka hanya menggunakan kata kunci Kuala Lumpur sahaja,
tetapi tempat spesifik tidak diberitahu.
15.
Ini kerana mereka ingin mengelakkan daripada pengetahuan pihak Kerajaan
yang mereka jangkakan akan melakukan program di tempat tersebut pada
tarikh dan masa yang sama. Langkah ini mereka cukup berhati-hati agar
tidak didedahkan.
16.
Namun begitu, kawasan yang mampu mengumpulkan 1 juta orang khalayak
adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Bukit Jalil sahaja. Kawasan lain
boleh mendatangkan implikasi negatif yang sukar dijangka.
17.
Konsep yang ingin dibawa oleh Hishammuddin Rais adalah 'kemarahan'.
Beliau inginkan seramai mana mungkin rakyat untuk naik ke pentas dan
meluahkan perasaaan marah mereka. Kaedah ini adalah untuk mewujudkkan
satu kesedaran kelompok (crowd awareness). Ini langkah pertama yang
biasanya digunakan semasa demonstrasi untuk menggalakkan khalayak
bertindak sebagai satu unit yang sama.
18. Menyemarakkan kemarahan adalah penting untuk langkah seterusnya.
19. Dijangka dengan kemarahan 1 juta orang yang berada di satu tempat yang sama, konflik memang tidak akan dapat dielakkan.
20.
Pergaduhan antara sesama sendiri ataupun dengan pihak berkuasa boleh
dijangka akan berlaku dan elemen konfrantasi inilah yang paling
ditunggu-tunggu oleh Hishamuddin Rais.
sumber : http://thekl-chronicle.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment