Friday, 11 January 2013

Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk pekan Karak

 
KARAK: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan penduduk semasa melakukan tinjauan mesra di pekan Karak di sini.

Beliau yang tiba pada jam 10.30 pagi dengan diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, juga beramah mesra dengan para peniaga yang menunggu ketibaannya seawal 7 pagi.
Muhyiddin kemudian singgah di Pasar Tani Karak dan dilihat merasai minuman buah Mesta, membeli seikat besar petai dan buah tampoi.


Peniaga petai, Rafeah Unthong, 51, berkata beliau berasa bertuah kerana petai jualannya dibeli Timbalan Perdana Menteri walaupun banyak gerai lain yang turut menjual ulam kegemaran ramai itu.

"Harga semua petai yang dijual RM60, beliau bagi RM100 dan suruh saya simpan bakinya," katanya yang berasal dari Kampung Pelantar Jamburias, dekat sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment