Sunday 13 January 2013

Misi pengaman anggota wanita ATM Malcoy 8 ke Lebanon esok


KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas esok sebagai kumpulan kedua Malaysian Company 8 (Malcoy 8) yang akan berkhidmat selama enam bulan di Lubnan dalam misi pengaman antarabangsa.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kumpulan kedua itu akan berkhidmat di bawah Panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menggantikan kumpulan pertama anggota wanita yang bakal menamatkan misi pada 21 Jan ini.
"Kumpulan itu terdiri daripada satu pegawai dan sembilan anggota lain-lain pangkat dengan pecahan iaitu lapan anggota wanita Tentera Darat Malaysia (TDM), satu anggota wanita daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan satu anggota wanita daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya kepada pemberita pada Majlis Penghantaran Kumpulan Wanita Kedua Malcoy 8, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment