Friday, 11 January 2013

JATI Anggar 30 Ribu Hadir Perhimpunan Banteras Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Islam.


alt
 
 
SHAH ALAM 11 Jan - Penggunaan kalimah Allah yang digunakan oleh orang bukan Islam ternyata mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata seramai 30,000 orang yang akan menghadiri perhimpunan banteras penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam yang akan dibuat dalam dua minggu lagi.

"Perhimpunan itu diadakan untuk meluahkan rasa umat Islam bahawa kita tidak mengizinkan kalimah Allah dan hanya digunakan untuk agama Islam.

"Kita harap apa yang kita luahkan kita akan bentangkan kepada masyarakat supaya masyarakat lebih faham sebenarnya bahaya mengizinkan kalimah Allah digunakan untuk mereka yang bukan Islam," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan membenteras khalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam di perkarangan Masjid Shah Alam disini, hari ini.

Menurutnya, penggunaaan kalimah Allah hanya digunakan untuk orang yang beragama Islam dan tidak boleh digunakan untuk orang yang beragama Islam.

"Kalimah Allah hanya digunakan untuk orang Islam dan tidak sama sekali digunakan untuk orang bukan Islam termasuk kristian yang mahu memasukkan kalimah Allah didalam versi bibble berbahasa Melayu," katanya.
 
 
Sementara itu, Presiden Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) menolak penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan menyokong kenyataan Sultan Selangor supaya kalimah Allah khusus untuk orang Islam tempoh hari.

"Kita menyatakan pendirian tegas daripada NGO di Selangor  untuk menolak kalimah Allah boleh digunakan oleh semua pihak termasuk orang bukan Islam.

"Kita menyokong saranan daripada Kebawah Duli yang Amat Mulia Sultan Selangor supaya kalimah Allah khusus untuk orang Islam," katanya.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Kenyataan Sultan Selangor yang telah dibacakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Misri Idris berkata Tuanku Sultan telah mewartakan bahawa orang bukan Islam di negeri ini dilarang menggunakan kalimah Allah bagi merujud tuhan kerana ia merupakan eksklusif untuk Muslim.

"Sultan Selangor dalam satu mesyuarat khas yang turut disertai Mufti Selangor pada Ahad lalu menegaskan semula bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.
"Kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010", katanya.

No comments:

Post a Comment