Thursday 10 January 2013

Hishamuddin Rais : Himpunan Kekal di Stadium Merdeka.

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pihak penganjur memutuskan untuk kekal menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) di Stadium Merdeka esok.

Jurucakap #KL112 Hishamuddin Rais berkata, cadangan yang dibangkitkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh agar menukar lokasi di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan satu desakan yang bakal memberi kesan terhadap kelulusan permit sebagaimana diputuskan bersama baru-baru ini.

"Keputusannya kita tidak akan berubah. Kita akan terus di Stadium Merdeka kerana ini hanya pandangan dan cadangan sahaja.

"Kita telah membuat perjanjian dengan pihak Stadium Merdeka dan tadi kita telah menandatangani persetujuan dengan Ketua OCPD Dang Wangi," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita sejurus selesai mesyuarat tergempar bersama Ahli Jawatankuasa #KL112 di sini semalam.

Beliau juga menjelaskan, penganjur tidak berdepan sebarang masalah besar untuk meneruskan penganjuran di Stadium Merdeka walaupun hanya mampu menampung sekitar 30 Ribu orang.

Semalam Datuk Mohamad Salleh menyarankan supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.
 
Katanya, stadium itu juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.

No comments:

Post a Comment