Adam
Adli (kanan) yang merupakan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
menyampaikan ucapan di hadapan peserta di Masjid Ar-Rahman dekat
Universiti Malaya (UM).12.45 tengah hari: Pemimpin pembangkang dan NGO berucap di hadapan peserta KL112 di Jalan Sultan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.
12.52 tengah hari: Kumpulan peserta KL112 mula bergerak ke Stadium Merdeka.
1.14 petang: Fuziah Salleh berucap di hadapan peserta di depan Stadium Bola Keranjang.
Dalam ucapannya, beliau berkata, perhimpunan itu dianjurkan bertujuan untuk menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil.
Ini termasuk tuntutan agar kerajaan menghentikan projek Lynas, memberi royalti minyak dan memastikan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Naib
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersemangat ketika memberi ucapan di
hadapan peserta KL112 di Majid Ar-Rahman dekat UM. Foto IZZRAFIQ ALIAS /
THE STAR.
1.17 petang: Peserta dari Jalan Sultan meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
1.24 petang: Azan Zohor berkumandang di Stadium Merdeka. Separuh stadium sudah dipenuhi dengan para peserta KL112.
Perkembangan selanjutnya selepas ini.
No comments:
Post a Comment