Saturday 5 January 2013

ATM julang Piala Sumbangsih

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.
Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.
Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.

Barisan pemain:
KELANTAN: Mohd Syazwan Yusof, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairo Anuar Zailani (K. Nanthakumar), Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Zamri Ramli),
Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Mohd Norfarhan Muhammad, Keita Mandjou.
  
ATM: Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin (Marlon Alex James), Irwan Fadzly Idrus, Mohd Fainizam Nordin (Syazuan Hazani), K. Reuben, Muhd Shukor Adan, Rezal Zambery Yahya (R. Surendran), Bruno Sebastian Martelotto, Hairuddin
Omar, Venice Elphi A/K Danny Kaya, Mohd Fitri Omar.
  
Pengadil: Mohd Amirul Izwan Yaacob

No comments:

Post a Comment