Saturday 12 January 2013

1,000 Wakil Penjual Pakej Komunikasi Belia Di Seluruh Negara - SKMM

CYBERJAYA: Setakat Jumaat, hampir 1,000 wakil jualan dilantik oleh syarikat telekomunikasi di seluruh negara terlibat dalam Pakej Komunikasi Belia.
Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Sabtu, jumlah wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa diseluruh negara untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah.
"Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di http://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html.
"Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintaruntuk para belia membuat pilihan. Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan,ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon.
"Setakat ini, terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini," kata kenyataan itu pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar para belia mempunyai lebih banyak pilihan.
Katanya lagi, perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah.
"Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat tersebut dahulu untuk melihatmodel telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat.
"SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik," katanya.
Jenis-jenis telefon:
1. iPhone 5,
2. Samsung Galaxy S3,
3. Samsung Galaxy Mini 2
4. Samsung Galaxy Y
5. Samsung Galaxy Note 2
6. Samsung Galaxy Ace Plus
7. Samsung Galaxy S3 Mini
8. Samsung Galaxy Note
9. Samsung Galaxy Nexus
10.LG Optimus LE E400
11.HTC Desire C
12.HTC One X
13.HTC Wildfire S
14.HTC Desire X
15.HTC One S
16.Nokia Asha 311
17.Sony Xperia Tipo Single
18.Sony Xperia SL
19.Sony Xperia Ion
20.Sony Xperia S
21.Huawei Ascend P1
22.Windows Phone 8X By HTC
23.Ninetology Blackpearl 2 i9400
24.Ninetology Stealth 2 i9500
25.Palette i5300
26.ZTE Acqua
27.Buzz 4G Cloud Phone
28.Insight i9430

No comments:

Post a Comment